Polis dalam proses ambil keterangan Mahfuz  - Utusan Malaysia

Polis dalam proses ambil keterangan Mahfuz 

GAMBAR tular menunjukkan Mahfuz Omar yang didakwa melanggar SOP dalam satu program di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI:  Polis dalam proses  mengambil keterangan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sudah mengenal pasti beberapa individu lagi dalam gambar sama untuk diambil keterangan.

Beliau berkata, siasatan berhubung perkara itu akan disiapkan secepat mungkin.

“Malam ini atau esok akan diambil keterangan, kita dah buat temu janji dengan beberapa saksi untuk dirakam keterangan mereka,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kuala Muda di sini hari ini.

Katanya, siasatan akan disiapkan segera sebelum mengemukakannya kepada pihak pendakwaan.

Akhbar semalam melaporkan, polis membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kerana disyaki melanggar SOP PPN baru-baru ini.

Ia susulan beberapa gambar yang tular dalam media sosial memaparkan bekas timbalan menteri itu hadir dalam program bantuan tidak mengamalkan SOP dengan duduk bersila secara santai sambil menikmati jamuan.

Kes disiasat di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) 2021 kerana tidak memakai pelitup muka serta tidak menjaga penjarakan fizikal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN