Polis ambil keterangan Ebit Lew pagi ini - Utusan Malaysia

Polis ambil keterangan Ebit Lew pagi ini

EBIT Lew keluar selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, baru-baru ini - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Keterangan pendakwa bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) telah diambil pagi tadi, bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat oleh beliau semalam berkaitan kes fitnah membabitkan dirinya berkaitan isu beliau Semasa mengunjungi Mesir dan Gaza, baru-baru ini.

Memberitahu Utusan Online, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, Ebit hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju pada jam 10.30 pagi tadi.

Kata beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 500, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Setakat ini hanya dia (Ebit) yang dipanggil untuk memberi keterangan dahulu, jika ada keperluan kita akan individu-individu yang berkaitan.

“Kita juga akan memohon Perintah Penyiasatan (O.T.I) dan apabila mereka yang berada di luar negara berkenaan pulang, kita akan panggil untuk ambil keterangan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Ebit Lew membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadap beliau menerusi laman sosial baru-baru ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Laporan polis dibuat selepas beliau menerima tuduhan yang tidak berasas dari beberapa individu.

Dalam laporan polis itu juga, beberapa nama individu termasuk ketua pegawai eksekutif sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan penyanyi rap Caprice turut dinyatakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya