PKPD: 8 jalan ditutup di Kampung Teluk Menara - Utusan Malaysia

PKPD: 8 jalan ditutup di Kampung Teluk Menara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak lapan laluan di Kampung Teluk Menara, Manir di  sini ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di perkampungan itu berkuat kuasa esok.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, dua sekatan jalan raya (SJR) turut diadakan di sempadan jalan utama kampung itu dan Kampung Beladau Kolam di samping sempadan Kampung Banggol.

Katanya, pusat kawalan polis pula akan ditempatkan di hadapan Sekolah Kebangsaan Teluk Menara bagi memudahkan urusan penduduk kampung termasuk untuk mendapatkan kebenaran keluar di samping bantuan-bantuan kecemasan lain.

“Rondaan dan pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti lorong yang masih digunakan orang ramai bagi keluar masuk kawasan PKPD.

“Sehubungan itu, kita menasihatkan penduduk agar mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan sebarang cubaan untuk mengalih, mengubah, melanggar atau merosakkan penghadang jalan boleh didakwa mengikut peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rahim berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan boleh menghubungi Pusat Kawalan Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di talian 09-6322377.

Berdasarkan infografik Jabatan Kesihatan negeri, sebanyak 88 kes positif Covid-19 direkodkan dalam Kluster Teluk Menara, hingga kini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya