Pertubuhan Kasih Neelofa agih bantuan kepada OKU di PPR Desa Rejang - Utusan Malaysia

Pertubuhan Kasih Neelofa agih bantuan kepada OKU di PPR Desa Rejang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kasih Neelofa menerusi Program Infaq Jumaat telah mengagihkan bantuan makanan asas kepada 166 Orang Kelainan Upaya (OKU) di Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang Kuala Lumpur.

Dutanya, Haris Ismail yang turut serta dalam program ini berkata, dia memandang tinggi usaha golongan berkenaan yang tetap mencari jalan menyara keluarga meski pun terkesan dengan pandemik.

“OKU di PPR Desa Rejang ini sangat luar biasa. Walaupun terkesan dengan pandemik, mereka berusaha mencari jalan untuk menyara keluarga dengan mempelajari pelbagai kemahiran,” katanya.

Turut hadir adalah wakil Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Hospital KPJ.

Bantuan yang diagihkan menerusi program berkenaan adalah sumbangan Pertubuhan ini dan Hospital KPJ.

Kesemua penerima merupakan ahli Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Jatidiri (PERJATI).

Dalam pada itu, Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, Noor Neelofa Mohd Noor merakamkan penghargaan kepada pihak korporat yang sudi bekerjasama dengan pertubuhan tersebut untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan.

“Saya berharap kerjasama dengan PERKESO dan Hospital KPJ dan ini dapat memberi manfaat untuk tempoh jangka panjang kepada orang ramai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN