Persiapan paling sempurna Azizulhasni - Utusan Malaysia

Persiapan paling sempurna Azizulhasni

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Persediaan Datuk Azizulhasni Awang untuk memburu kilauan emas pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik menerusi acara berbasikal trek kali ini berada pada tahap paling sempurna.

Pengurus Pasukan, Datuk Ashakari Abu Noor berkata, ini kerana Raja Keirin 2017 itu, termasuk rakan sepelatih Shah Firdaus Sahrom tidak dibelenggu sebarang masalah kesihatan sepanjang berada di kem latihan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan kedua-dua atlet terbabit, termasuk jurulatihnya, John Beasley di hotel penginapan pasukan trek negara di Nilai, semalam.

“Kami adakan pertemuan dan perbincangan ringkas yang patuh kepada SOP (prosedur operasi standard). Dalam pertemuan itu, Azizulhasni tegaskan betapa inilah kem latihan paling sempurna untuknya.

“Ini kerana Azizulhasni dan Shah Firdaus tidak dibelenggu sebarang masalah khususnya penyakit seperti demam atau selsema.

“Sebagai pengurus pasukan, saya melihat senario sebagai satu petanda positif kepada Azizulhasni dan pasukan trek negara secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya