fbpx

Peradaban ajak orang ramai mula kibar Jalur Gemilang 

ABDUL KADER MD. ALI

GEORGETOWN: Persatuan Sejarah dan Peradaban Melayu Pulau Pinang (Peradaban) mengajak orang ramai terutama generasi muda untuk mula mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kasih sayang dan cinta terhadap negara menjelang Hari Kemerdekaan yang bakal disambut bulan depan.

Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Kader Md. Ali berkata, menjiwai dan mempunyai rasa kesedaran mengibar Jalur Gemilang perlu ada dalam hati rakyat tanpa mengira masa, malah tindakan itu seharusnya lebih meriah pada bulan kemerdekaan negara.

“Sebagai rakyat yang cintakan negara, kita harus menghormati Jalur Gemilang kerana bendera negara ialah identiti negara bangsa, lambang kewujudan serta kedaulatan negara.

“Semangat ini juga harus ditanam dengan sifat kesedaran bahawa penghormatan ke atas bendera negara adalah satu simbol nasionalisme yang perlu dihayati oleh setiap rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan  Kempen Kibar Jalur Gemilang bersempena bulan kemerdekaan akan diadakan pada 7 Ogos ini. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!