Aminuddin tukar kerusi, bertanding di DUN Linggi

Aminuddin tukar kerusi, bertanding di DUN Linggi

ANWAR Ibrahim ketika memperkenalkan Aminuddin sebagai calon PH bagi kerusi DUN Linggi dan Anthony Loke Siew Fook di kerusi Chennah pada Majlis Pengumuman Calon PH bagi PRN Negeri Sembilan di Dataran Melang, Kuala Pilah hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Ura-ura sejak lebih sebulan lalu mengenai pertukaran kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akhirnya terjawab.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini, beliau akan bertanding di DUN Linggi sekali gus meninggalkan kerusi DUN Sikamat yang dimenanginya sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumuman Calon PH PRN Negeri Sembilan di Dataran Melang dekat sini sebentar tadi.

Selepas PRU 2018, Aminuddin telah dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan bersambung untuk penggal kedua selepas PRN 2023.

Pada masa ini, Aminuddin turut merupakan Ahli Parlimen Port Dickson selepas memenanginya pada PRU 2022.

Di DUN Sikamat pula, PH mempertaruhkan Setiausaha Politik kepada Aminuddin, Nor Azman Mohamad-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN