Pengawal keselamatan mati dipercayai dibunuh - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan mati dipercayai dibunuh

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mayat seorang pengawal keselamatan ditemukan di sebuah bilik yang disewanya di Lorong Ceylon, Bukit Bintang, hari ini.

Dalam penemuan  kira-kira 4.15 pagi itu, lelaki berusia 28 tahun berkenaan  turut mengalami kesan lebam di pergelangan tangan dan dahi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, mayat mangsa ditemukan terbaring di atas katil oleh isterinya.

“Siasatan awal mendapati mangsa menyewa bilik berkenaan dengan menggunakan nama kenalannya. 

“Dia ditemukan dengan kesan lebam di pergelangan tangan dan dahi dipercayai dibunuh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, susulan kejadian itu seorang lelaki warga tempatan berusia 20-an bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kematian dan motif pembunuhan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohamad Zainal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau datang ke mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya