PETALING JAYA: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO berkuat kuasa serta merta.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO ini bagi memperkukuh organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi.

“Ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan Pilihan Raya yang melibatkan semua parti parti komponen Barisan Nasional (BN).
“UMNO ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini menggalas amanah sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE