Dua beradik capai impian bersama sertai Maritim Malaysia

Dua beradik capai impian bersama sertai Maritim Malaysia

MUHAMMAD Aswad Abdul Shukor (kanan) dan Muhammad Adam selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Maritim di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Kuantan, Pahang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Dua beradik dari Sungai Petani, Kedah berkongsi kenangan manis apabila bersama-sama menamatkan Latihan Kursus Asas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), di sini, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Muhammad Adam Abdul Shukor, 26, kini menyandang pangkat Leftenan Muda Maritim manakala adiknya, Muhammad Aswad, 24, pula sebagai  Laskar Kelas II Maritim.

Muhammad Adam yang juga lepasan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkata, dia dan adiknya berkongsi cita-cita yang sama iaitu menyertai badan beruniform.

“Saya terlebih dahulu membuat permohonan menyertai Maritim Malaysia sebelum menggalakkan adik (Muhammad Adam) untuk turut membuat permohonan. Alhamdulillah, sebulan selepas saya mendapat keputusan diterima, adik juga mendapat keputusan sama,” kata selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Maritim itu.

Muhammad Aswad pula berkata, dia berasa  janggal ketika mula-mula menyertai latihan kerana perlu memanggil abangnya dengan gelaran ‘Tuan’ berikutan perbezaan pangkat.

“Tetapi kami sudah berbincang mengenai hal ini sebelum masuk ke sini lagi. Semasa latihan kena jaga batas dan tak boleh panggil ‘abang’ macam biasa. Dalam latihan,  disiplin tetap nombor satu, saya tetap kena hormat dia sebagai pegawai,” katanya.

Menurutnya,  adik ketiga mereka yang berusia 22 tahun juga mahu mengikut jejak langkah sama dan kini dalam proses pemilihan malah telah melepasi ujian saringan awal Maritim Malaysia..

Muhammad Adam bakal ditempatkan di Labuan, Sabah manakala Muhammad Aswad pula di Butterworth, Pulau Pinang.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri  Saifuddin Nasution Ismail berkata, seramai 254 pelatih  terdiri daripada 68 pegawai dan 186 anggota menamatkan Latihan Kursus Asas Maritim Malaysia kali ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN