Pemberian vaksin terus rekod lebih 500,000 sehari - Utusan Malaysia

Pemberian vaksin terus rekod lebih 500,000 sehari

ORANG awam mendapatkan vaksin dalam Program Vaksinasi Bergerak anjuran Wilayah Prihatin di PPR Perkasa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.- GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Jumlah pemberian vaksin terus merekodkan lebih 500,000 sehari untuk empat hari berturut-turut dengan semalam mencatatkan 556,404 dos iaitu angka tertinggi setakat ini.

Angka itu menyaksikan sebanyak lebih 2 juta dos diberikan dalam tempoh empat hari itu yang meliputi 6.8 peratus populasi negara atau 1.7 peratus sehari, manakala 87.8 peratus penduduk di Lembah Klang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, jumlah itu meliputi sebanyak  343,530 bagi dos pertama manakala bagi dos kedua 212,874 dos.

“Ia sekali gus merekodkan pemberian vaksin di seluruh negara setakat ini berjumlah 19,502,452 dos,” katanya dalam Twitter beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN