Pekebun haram durian Musang King Raub peroleh RM420 juta satu musim? - Utusan Malaysia

Pekebun haram durian Musang King Raub peroleh RM420 juta satu musim?

AKTIVITI penebangan pokok durian di Hutan Simpan Batu Talam di Raub, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang penulis menggunakan nama ‘Rencana Kita’ mendakwa pekebun haram durian Musang King di tanah seluas 101.17 hektar di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub, dekat sini memperoleh keuntungan RM420 juta untuk satu musim pengeluaran raja buah itu.

Kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook itu menyebut, pekebun terlibat diminta supaya jangan hanya ambil kira soal kerugian yang terpaksa ditanggung ketika ini, tetapi langsung tidak menyentuh keuntungan yang diperoleh selama ini.

“Saya ambil contoh, dalam tempoh 10 tahun mereka beroperasi di kawasan itu, berapa keuntungan mereka peroleh? Berapa hasil diperoleh kerajaan negeri?

“Sudah tentulah hasilnya hanya kepada mereka sahaja kerana ia melibatkan penerokaan haram.

“Secara sifir mudahnya di sini, satu ekar kawasan mempunyai kira-kira 35 pokok durian. Satu pokok pula mempunyai 60 biji buah. Setiap biji buah kita anggarkan seberat dua kilogram sebiji. Satu kilogram RM40.

“Jika setiap pekebun terlibat saya berikan contoh mempunyai kira-kira 101.17 hektar, pendapatan untuk satu musim yang mereka akan mereka peroleh dalam tempoh 10 tahun berkenaan dianggarkan kira-kira RM420 juta satu musim,” dakwa kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, selama ini pekebun durian Musang King di situ telah memperoleh keuntungan berlipat kali ganda, jadi berlapang dadalah.

“Penguatkuasaan perlu dilakukan, jika tidak sekarang bila lagi? Ia dilakukan setelah mendapat pandangan perundangan daripada Pejabat Penasihat Undang-undang (LA) Negeri yang sebelum itu telah merujuk kembali perkara ini ke Mahkamah Rayuan.

“Jadi berlapang dadalah dalam isu berkenaan. Ambil kira segala aspek terutama keuntungan yang telah diperoleh bukan kerugian semata-mata,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya