TEL AVIV: Seekor Orang Utan di taman safari Ramat Gan dekat sini dilaporkan hilang dari kandangnya dan dikatakan ‘meloloskan diri’ dari taman tersebut dengan memanjat pokok.
The Jerusalem Post melaporkan, namun selepas ditemukan di atas pokok berhampiran taman itu, Tana, seekor Orang Utan betina dewasa dipujuk supaya turun dengan diumpan makanan.
Selepas umpan tersebut gagal, pihak berkuasa terpaksa melepaskan tembakan ubat pelali dan dibawa turun dengan selamat.
Tana dikatakan memanjat sebatang pokok dan melepasi tembok taman safari berkenaan.
Taman safari Ramat Gan memaklumkan, kejadian berlaku di kawasan yang tidak dapat diakses pengunjung.
Sejak 2000, lebih daripada 30 insiden haiwan hilang dari zoo, pusat hidupan liar dan safari dilaporkan pihak berkuasa Tel Aviv.
Ini termasuk lebih daripada 17 ekor monyet dan kera, empat ekor badak, lima memerang, serigala, kanggaru, dan banyak lagi.










