'Negara lain pun merekodkan peningkatan kes' - TPM - Utusan Malaysia

‘Negara lain pun merekodkan peningkatan kes’ – TPM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peningkatan kes Covid-19 mendadak sebanyak 13,215 kes positif hari ini disebabkan ujian saringan besar-besaran dan bersasar.

Menurut beliau, ini dilakukan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terutama di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, seramai 134,569 individu menjalani ujian saringan semalam dan di Selangor sahaja 50,646 individu disaring, yang mana 6,120 kes positif Covid-19 direkodkan.

Beliau menjelaskan, trend peningkatan kes positif Covid-19 bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan negara-negara jiran seperti Indonesia.

“Negara itu mencatatkan 56,757 kes positif pada hari ini manakala Thailand pula merekodkan sebanyak 9,186 kes positif.

“Negara-negara Eropah turut bergelut dengan peningkatan kes seperti United Kingdom yang mencatatkan sebanyak 42,302 kes dan Rusia yang mencatatkan 25,293 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya