'Nak ubah kedudukan? Dipersilakan, kata PKR kepada UMNO' - Utusan Malaysia

‘Nak ubah kedudukan? Dipersilakan, kata PKR kepada UMNO’

. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PKR mengalu-alukan sekiranya UMNO ingin mengubah kedudukan dalam Dewan Rakyat kali ini dengan duduk di barisan pembangkang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani berkata, perubahan tersebut sudah pasti menunjukkan betapa komitednya mereka untuk memperbetul tindakan kerajaan yang dilihat gagal menguruskan Covid-19 dan kebajikan rakyat yang mana ia seharusnya dijaga dengan lebih baik.

“Kami mengalu-alukan. Sebab yang penting adalah keabsahan, terpulang kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO) sama ada nak kekal bersama PN (Perikatan Nasional) atau tidak. Kalau duduk di sebelah pembangkang, Alhamdulillah.

“Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan,” katanya ketika dihubungi.

Kedudukan Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat adalah di barisan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama parti komponennya iaitu UMNO, MIC, MCA, dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menerusi Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebelum ini memutuskan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri dengan menggariskan kegagalan dalam tujuh perkara termasuk pengurusan Covid-19 yang dilihat kini dalam keadaan membimbangkan.

Berikutan itu, UMNO boleh mengubah kedudukan mereka jika terdapat permintaan daripada ahli Parlimen sendiri sama ada ingin kekal di barisan kerajaan atau mengubah tempat untuk duduk di barisan pembangkang bersama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Difahamkan, setakat ini tiada perubahan tempat yang dibuat oleh mana-mana ahli Parlimen.

Namun, ia boleh dilakukan ahli Parlimen sehingga 24 Julai iaitu sebelum Sidang Khas Dewan Rakyat bermula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya