Misi bantuan kemanusiaan Ebit Lew diarah berpatah balik

Misi bantuan Ebit Lew diarah berpatah balik

EBIT Lew pada Isnin lalu melihat lori untuk misi bantuan keperluan asas ke seluruh negara. - FOTO/FB EBIT LEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Tiga lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew diarah berpatah balik ketika melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Bentong di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, tiga lori berkenaan diarah berpatah balik kerana gagal mengemukakan surat kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, tiga lori tersebut yang menuju ke Kuantan, Terengganu dan Kelantan tidak dikenakan kompaun sebaliknya hanya diarah berpatah balik.

“Apabila kita tanya ada atau tidak surat kebenaran dia (pemandu) kata tidak ada kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jadi kami tidak benarkan lori tersebut masuk.

“Kita hendak mengekang penularan Covid-19 daripada luar ke Pahang seperti mana pernah berlaku semasa bantuan banjir, itulah sebab kerajaan Pahang ambil iktibar apa yang berlaku,” katanya di sini hari ini.

Dalam laman Facebooknya pada Isnin lalu, Ebit Lew memaklumkan sebanyak 10 lori bantuan keperluan asas akan bergerak ke seluruh negara.

Zaiham berkata, kerajaan negeri telah menetapkan bahawa sebarang bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu ditransitkan di khemah transit yang disediakan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Bentong.

Jelasnya, jika perlu dihantar ke lokasi tertentu ia perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau PKOB daerah.

Dalam pada itu katanya, sehingga pukul 1 tengah hari semalam pihak polis melakukan pemeriksaan ke atas kira-kira 780 buah kenderaan yang memasuki daerah ini di SJR Plaza Tol Bentong.

Tambahnya, daripada semalam sehingga pukul 4.53 petang hari ini sebanyak 53 buah kenderaan diarahkan berpatah balik oleh anggota berugas.

“Ia kerana tujuan pergerakan tidak munasabah menggunakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.