KUALA TERENGGANU: Mayat lelaki dewasa bergelang putih ditemukan terapung di Sungai Terengganu di Kampung Banggul Cempedak, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, mayat yang sudah kembung itu ditemukan dalam keadaan meniarap di kedudukan kira-kira 50 meter dari daratan.
Katanya, bomba dengan kekuatan enam anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan oleh polis mengenai penemuan itu pada pukul 2.37 petang.
“Mayat berkenaan kemudian dibawa ke gigi air dan daratan sebelum diserahkan kepada polis.
“Kita percaya mayat berkenaan sudah lebih dua hari berada dalam air,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. – UTUSAN ONLINE










