Mayat ditemukan tergantung di Riverfront Pekan - Utusan Malaysia

Mayat ditemukan tergantung di Riverfront Pekan

SEORANG lelaki ditemukan tergantung di pokok di kawasan Riverfront di Pekan, Pahang. - FB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tergantung di sebatang pokok di kawasan Riverfront Pekan di sini, hari ini.

Kejadian itu, tular dalam laman sosial Facebook tentang terdapat mayat seorang lelaki tergantung di pokok yang dipercayai membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi Superintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, anggota polis yang ke tempat kejadian mengesahkan terdapat penemuan mayat tergantung.

“Anggota bertugas yang tiba ke lokasi telah melakukan pemeriksaan dan menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan tergantung pada dahan di sebatang pokok dengan menggunakan tali.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 37 tahun berasal dari Sarawak. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Pekan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd. Zaidi berkata, polis akan membuat siasatan lanjut untuk mengetahui punca kejadian. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN