HULU TERENGGANU: Masjid Sultan Mahmud Kuala Berang dekat sini ditutup selama tujuh hari berikutan kes positif Covid-19 dalam kalangan jemaah.
Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Hashim Abdullah berkata, penutupan itu berkuat kuasa hingga 29 Julai ini bagi pelaksanaan kerja-kerja nyah kuman untuk kawalan perebakan penyakit berjangkit.
“Penutupan adalah mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya dalam kenyataan.
Berdasarkan infografik Jabatan Kesihatan negeri, sebanyak 10 kes baharu Covid-19 direkodkan di Hulu Terengganu.










