Masih ada terpedaya, 2 lelaki rugi RM19,500 ditipu sindiket pinjaman tidak wujud  - Utusan Malaysia

Masih ada terpedaya, 2 lelaki rugi RM19,500 ditipu sindiket pinjaman tidak wujud 

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Dua lelaki kerugian RM19,500 selepas dipedaya sindiket pinjaman wang tidak wujud menerusi dalam talian dalam kejadian berasingan di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa pertama berusia 48 tahun kerugian RM14,800 selepas mahu meminjam RM300,000 daripada syarikat pinjaman yang dilihatnya menerusi Facebook. 

Katanya, mangsa yang ingin membuat pinjaman untuk membeli mesin air batu dihubungi melalui aplikasi WhatsApp oleh beberapa ejen yang mendakwa mereka sebagai pekerja syarikat pinjaman wang berlesen berkenaan. 

“Maklumat peribadi mangsa seperti gambar kad pengenalan turut diminta bagi memudahkan proses pinjaman. 

“Mangsa kemudian diminta membuat bayaran secara berperingkat berjumlah RM14,800 ke dalam tujuh akaun berbeza. 

“Suspek turut berjanji wang proses tersebut akan dipulangkan bersama-sama wang pinjaman yang kononnya telah diluluskan oleh pihak syarikat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Sementara itu beliau berkata, dalam kejadian berasingan, seorang lelaki berusia 21 tahun kerugian RM4,700 selepas dipedaya sindiket penipuan menggunakan modus operandi sama. 

“Mangsa yang ingin membuat pinjaman sebanyak RM90,000 untuk menyelesaikan hutang tertunggak bertindak memasukkan wang yang diminta namun mulai curiga selepas suspek gagal dihubungi,” katanya. 

Tambahnya, kedua-dua yang menyedari telah ditipu kemudian membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya