Maqis tahan kayu pine dari Chile bernilai lebih setengah juta - Utusan Malaysia

Maqis tahan kayu pine dari Chile bernilai lebih setengah juta

KAYU pine dari Chile bernilai RM508,889 yang diisytiharkan dalam keadaan mengelirukan cuba dibawa masuk ke negara ini di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis)  menahan 10 kontena berisi produk kayu jenis ‘pinus radiata pine’ bernilai RM508,889 yang cuba dibawa masuk ke negara ini di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini.

Produk yang cuba dibawa masuk ke negara ini dari Chile itu ditemukan pegawai pengua tkuasa Maqis ketika menjalankan pemeriksaan pada pukul 3.45 petang.

“Pemeriksaan dibuat mendapati nombor permit Maqis yang dikemukakan tidak sama seperti yang tertera di dalam sijil Fitosanitasi yang diikrarkan bagi produk kayu tersebut.

“Sehubungan itu, kesemua kayu yang dianggarkan sebanyak 425,715 kilogram dengan nilai RM508,889.43 itu telah ditahan untuk tindakan lanjut,” kata Maqis dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sijil Fitosanitasi merupakan dokumen yang menyatakan rawatan serta keperluan berkaitan bagi produk-produk tumbuhan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya