MAQIS Selangor tahan kontena bawa 25 tan daging lembu sejuk beku

MAQIS Selangor tahan kontena bawa 25 tan daging lembu sejuk beku

MAQIS Selangor menahan sebuah kontena membawa daging sejuk beku dari Australia seberat 25kg di Pelabuhan Klang Barat, Pelabuhan Klang, Selangor kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABUHAN KLANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor telah menahan sebuah kontena membawa daging lembu sejuk beku dari Australia seberat kira-kira 25 tan di Pelabuhan Klang Barat, di sini kelmarin.

Daging sejuk beku bernilai RM296,998 itu didapati diimport oleh sebuah syarikat pemprosesan makanan tempatan dipercayai untuk kegunaan sendiri dan dijual di pasaran tempatan. 

MAQIS Selangor dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan rutin harian pada pukul 5 petang itu mendapati, sebuah kontena yang membawa daging lembu sejuk beku yang tiba pada 17 Jun lalu di pelabuhan terbabit ditahan untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan Permit Import MAQIS yang sah ketika pemeriksaan dilakukan. 

“Perbuatan mengimport daging sejuk beku tanpa Permit Import akan disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) Akta sama.

“Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sehubungan itu, MAQIS memberitahu, pihaknya sentiasa mengambil serius dalam isu membabitkan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan dagangan yang boleh mengancam keselamatan makanan dan status halal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya