Long Tiger ditahan polis lagi, kurung bekas pekerja

Kurung bekas pekerja Long Tiger ditahan polis

AYOB Khan Mydin Pitchay (kanan) pada sidang akhbar berkaitan Op Soga VIII melibatkan sindiket perjudian bola sepak Euro 2020 di IPK Johor, Johor Bahru. - FOTO/BAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan bahawa ‘Long Tiger’ telah ditahan polis kelmarin di Muar atas dakwaan terbabit dalam jenayah mengurung seorang bekas pekerjanya.

Beliau berkata, lelaki Rohingya yang bernama Abdul Hamim Ab. Hamid, 35, itu ditahan di sekitar daerah itu pada pukul 9.45 malam.

“Penahanan suspek dibuat berhubung satu kejadian individu berkenaan mengurung seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun yang merupakan bekas pekerjanya.

“Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Ayob Khan, lelaki berkenaan mempunyai banyak rekod jenayah lampau bersabit kes peras ugut, culik, jenayah dan rogol.

“Punca suspek mengurung bekas pekerjanya itu bagaimanapun masih dalam siasatan pihak polis,” ujarnya.

Sementara itu, Ayob Khan turut memberitahu, kertas siasatan berhubung kenduri durian di sebuah kebun di Batu Pahat yang melibatkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon telah siap.

“Kertas siasatan itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Video berdurasi 13 saat yang memaparkan Ahli Parlimen Batu Pahat itu baru-baru ini tular di media sosial kerana menghadiri satu kenduri durian di sebuah dusun di Batu Pahat.

Kejadian itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat negara ini yang mana majoriti daripadanya meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap ahli politik berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN