SUMATERA SELATAN: Seorang penanam kopi telah dirompak oleh lima lelaki bertopeng dan lebih malang isteri mangsa turut dirogol oleh kumpulan perompak tersebut.
Kejadian itu berlaku di Kabupaten Empat Lawang, di sini dengan identiti suspek tidak diketahui.
Memetik laporan Tribunenews, mangsa yang berumur 55 tahun dan isterinya berusia 44 tahun ketika kejadian berada di kebun kopi mereka.
Berdasarkan keterangan kepada polis, ketika kejadian lelaki tersebut berada di pondok bersama isterinya yang secara tiba-tiba didatangi lima lelaki bertopeng itu yang terus mengikat kaki dan tangan serta menyerkup kepadanya.
Lelaki itu kemudiannya memukul mangsa dan membawanya ke bahagian bawah pondok.
Pada masa yang sama seorang daripada lelaki bertopeng itu telah merogol isteri mangsa di belakang pondok tersebut.
Perompak itu turut melarikan kira-kira 200 kilogram kopi, sebuah motosikal, telefon bimbit dan wang tunai 700,000 rupiah milik mangsa.
Menurut polis, perompak itu kemudiannya melarikan diri dan meninggalkan mangsa dan isterinya dalam keadaan terikat sebelum mereka ditemukan oleh penduduk setempat lalu kedua-duanya dibawa ke balai polis.
Polis kemudiannya menghantar mangsa ke klinik.










