Lelaki dikehendaki terlibat samun syarikat pengurup wang di Singapura diberkas - Utusan Malaysia

Lelaki dikehendaki terlibat samun syarikat pengurup wang di Singapura diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki terlibat dalam kegiatan samun syarikat pengurup wang di Singapura pada 2014 akhirnya tumpas apabila dia ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Penahanan suspek berusia 41 tahun itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman di sebuah apartment di Seksyen 13, Kota Damansara di sini menerusi Op Singa 3 kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Memberitahu Utusan Malaysia, sumber berkata, sekumpulan lelaki termasuk suspek dipercayai menyamun syarikat pengurup wang di Singapura pada November 2014 dan melarikan pelbagai wang asing bernilai RM1.7 juta.

Kata sumber, susulan daripada itu, satu siasatan dilakukan pihak berkuasa negara berkenaan sebelum meminta bantuan PDRM mengesan suspek yang dipercayai warga Malaysia.

“Ketika ditahan, suspek mengaku terlibat dalam kes yang disiasat.

“Siasatan awal mendapati, lelaki terbabit berperanan sebagai pengatur kenderaan dan laluan dan dijanjikan bayaran RM500,000,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan penahanan itu.

Kata beliau, lelaki berkenaan ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa Singapura.

“Penyerahan itu dilakukan atas waran tangkap yang dipohon negara berkenaan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya