Laman web PKRC salur maklumat tepat dan sahih

Laman web PKRC salur maklumat tepat, sahih

AMINUDDIN HASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai kini boleh mengakses maklumat berkaitan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) menerusi laman web yang telah diaktifkan pada 1 Julai lalu.

Menurut Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, laman sesawang itu adalah sumbangan dan tajaan penuh oleh MYNIC Berhad yang juga merupakan sebuah agensi dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

“Orang ramai boleh mengakses laman sesawang tersebut menerusi https://www.pkrcmaeps.gov.my/.

“Laman sesawang ini bertujuan bagi menyalurkan informasi terkini setempat yang tepat dan sahih mengenai pengoperasian PKRC Bersepadu Maeps 2.0 kepada umum.

“Turut disediakan panduan kepada pesakit dan waris, menyampaikan maklumat konsisten dan sebagai bahan rujukan pada masa akan datang.

“Pelbagai bentuk infografik juga dimuat naik bagi memudahkan orang awam membuat rujukan sekiranya mereka bakal dikuarantinkan di sini,” katanya dalam satu sidang media secara atas talian hari ini yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA, Meor Ismail Meor Akim.

Tambahnya, perkhidmatan ini dikawal selia oleh petugas dari Maeps Covid Centre KKM (MCCK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berpengalaman dalam mengendalikan pusat khidmat pelanggan.

Sementara itu jelasnya, maklumat yang disediakan di dalam laman sesawang tersebut hanya membabitkan maklumat umum berkaitan keperluan dan SOP di PKRC sahaja.

“Data pesakit tidak akan dimuat naik dalam laman tersebut dan ia hanya digunakan sebagai maklumat klinikal sahaja,” katanya.

Terdahulu, pengambilan pesakit Covid-19 di pusat berkenaan hanya membabitkan pesakit bukan warganegara bagi kategori satu (tanpa gejala) dan dua (gejala ringan) sahaja.

Walaubagaimanapun, pada 24 Januari lalu, pusat tersebut dinaik taraf kepada PKRC Bersepadu Maeps 2.0 selepas mula menerima pesakit kategori tiga dan empat dengan skala rendah.

PKRC yang kini beroperasi di tujuh dewan mampu menampung sehingga 5,000 pesakit pada satu-satu masa dan sehingga hari ini, PKRC Maeps sudah merawat hampir 120,000 pesakit bagi tempoh tujuh bulan pembukaannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN