KSM bangunkan Panduan IAQ  - Utusan Malaysia

KSM bangunkan Panduan IAQ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) membangunkan satu Panduan Pengudaraan dan Kualiti Udara Dalaman (IAQ) dalam tempoh pandemik Covid-19.

Panduan serta infografik itu mendapat persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menteri Pertahanan Bilangan 25 Tahun 2021 pada 7 Julai lalu dan telah diluluskan oleh Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 8 Julai lalu.

KSM menerusi kenyataan akhbar memberitahu, panduan itu adalah untuk memaklumkan kepada masyarakat tentang kaedah bagi menambah baik pengudaraan dan kualiti udara dalaman di tempat kerja, kemudahan kesihatan, kediaman dan tempat awam untuk mengurangkan risiko penularan Covid-19 melalui udara.

Katanya, ia mempunyai empat tetapan yang terpakai kepada premis mempunyai sistem pengalihudaraan mekanikal dan penyaman udara (MVAC), penyaman udara tanpa udara segar dan pengudaraan semula jadi.

“Ini adalah salah satu langkah yang perlu dilaksanakan dalam membantu mengurangkan penularan virus Covid-19 melalui udara.

“Panduan ini perlu dirujuk bersama prosedur operasi standard (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh MKN dan langkah kawalan lain untuk mengurangkan penularan wabak,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN