Korban pesawat angkatan laut Filipina terhempas di Jolo kini 47 orang -

Korban pesawat angkatan laut Filipina terhempas di Jolo kini 47 orang

Pesawat pengangkut Lockheed C-130, angkatan laut Filipina yang membawa pasukan operasi pemberontakan, terbabas dari landasan setelah mendarat di lapangan terbang Jolo di wilayah Sulu, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA:  Mangsa yang terkorban dalam tragedi pesawat Angkatan Laut Filipina yang terhempas di Jolo telah meningkat kepada 47 orang.

Perkara itu disahkan oleh Panglima Tentera Filipina, Cirilito Sobejana hari ini.

Ketika kejadian pesawat itu membawa 96 penumpang. Setakat  49 anggota tentera cedera dalam kejadian itu, Sobejana kepada Reuters.

Jabatan Pertahanan Nasional semalam berkata, tiga warga awam di lapangan terbang itu turut terbunuh sementara empat lainnya cedera.

Pesawat pengangkut Lockheed C-130, yang membawa pasukan operasi pemberontakan terbabas dari landasan setelah mendarat di lapangan terbang Jolo di wilayah Sulu.

Menteri Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana telah mengarahkan siasatan menyeluruh sebaik sahaja operasi pencarian dan penyelamatan selesai.

Setakat ini tidak ada tanda-tanda serangan militan terhadap pesawat itu.

Sulu, yang terletak sekitar 950 km selatan ibu kota Manila, merupakan benteng militan Abu Sayyaf, yang terkenal aktiviti peculikan dan serangan ke atas tentera.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN