Kluster tempat kerja, komuniti penyumbang terbesar kes Covid-19 - Utusan Malaysia

Kluster tempat kerja, komuniti penyumbang terbesar kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Negara terus mencatatkan pertambahan 41 kluster baharu Covid-19 dengan 22 daripadanya adalah kluster tempat kerja, 16 kluster komuniti, dua kluster pusat tahanan dan satu kluster pendidikan lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja melibatkan empat di Pulau Pinang, Lorong Perindustrian Bukit Minyak 21 di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Barat Daya dan Timur Laut (34 kes), Industri Bukit Minyak 88A di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan (30), Jalan Penang di Timur Laut (25), Industri Persiaran Cassia Selatan di Seberang Perai Selatan (25).

Selain itu empat di Selangor, Tapak Bina Depot Laluan Klang di Klang (145), Industri Jalan Salleh di Klang, Hulu Langat, Petaling dan Kuala Selangor (123), Industri Selesa 2 di Hulu Langat (118), Jalan Jurutera 23 du Petaling dan Klang (19).

Katanya, tiga di Kuala Lumpur melibatkan Tapak Bina Desa Pahlawan di Titiwangsa (34), Desa Tun 2 di Cheras (26), Jalan Langkawi di Titiwangsa (7); tiga di Melaka, Jalan PBR 38 di Alor Gajah dan Melaka Tengah (38), Jalan Food City di Melaka Tengah (27), Tapak Bina Ayer Salak di Melaka Tengah (26); dua di Johor, Jalan Platinum Empat di Johor Bahru (16), Jalan Gemilang
Sembilan di Johor Bahru (16).

Dua di Kedah pula melibatkan Dah Puteri Industri Baling di Baling, Kuala Muda, Kulim dan Sik (86), Dah Cendana Industri Sungai Petani di Kuala Muda (35); dua di Negeri Sembilan, Tapak Bina Jalan BBN di Seremban (161), Industri Jalan Tuanku Jaafar Utara di Seremban (54); Pahang, Bukit Berembun di Rompin (17); Industri Chandan Raya
⅓ di Kinta (27).

“Kluster komuniti, enam di Kelantan, Kampung Banggol Telipot di Pasir Puteh (33), Pos Brooke di Gua Musang (19), Lorong Masjid Padang Bongor di Kota Bharu (12), Kampung Melor Lama
Peringat di Kota Bharu (11), Taman Puteri Pulong di Kota Bharu dan Machang (10), Kampung Hujung Repek Melawi di Bachok (6); tiga di Sabah, Bayangan di Keningau (21), Menawo Baitah di Keningau (16), Bariawa Laut di Keningau (13); dua di Pahang, Jalan Inai di Temerloh (23), Simpang Cheneras di Lipis (16).

“Bakinya, Taman Selesa di Dungun, Terengganu (65); Majupadu Lapan Komuniti di Kluang, Johor (26); Taman Bertam Indah di Melaka Tengah, Melaka (23); Dah Kampung Pong di Padang Terap, Kedah (17), Kampung Gelok Bukit di Hulu Perak, Perak (13) manakala dua kluster pusat tahanan, Pagar Kluang di Kluang, Johor (39), Pagar Bachok di Bachok, Kelantan (17) dan Jalan Seroja 33 di Sepang, Selangor (9),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia merekod peningkatan semula kes positif Covid-19 sebanyak 17,405 kes berbanding semalam, 16,117 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 12,373 kes.

Katanya, sebanyak 143 kematian dicatatkan dengan 1,016 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 529 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 175,113 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 7,171 kes diikuti Kuala Lumpur (2,880), Kedah (1,112), Sabah (913), Negeri Sembilan (863), Johor (767), Pulau Pinang (760), Kelantan (532), Melaka (531), Terengganu (490), Sarawak (464), Pahang (429) dan Perak (406).

“Dua Wilayah pula merekodkan kes dua angka iaitu Putrajaya (68) dan Labuan (16) manakala Perlis, hanya tiga kes,” katanya.

Mengulas mengenai 143 kematian, beliau berkata, Selangor kekal menjadi penyumbang terbanyak 41 kes, 21 kes di Negeri Sembilan, 17 kes di Johor, 14 kes di Kuala Lumpur, 11 kes di Perak, 10 kes di Kedah, sembilan kes di Melaka, masing-masing lima kes di Pulau Pinang dan Kelantan, serta tiga kes di Pahang.

“Kematian melibatkan 94 lelaki dan 59 wanita dengan 20 warga asing, 14 pesakit meninggal dunia di rumah dan 114 pesakit mempunyai latar belakang penyakit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya