Kilang 'sedut' 40 gram bagi setiap 5kg kampit beras diserbu - Utusan Malaysia

Kilang ‘sedut’ 40 gram bagi setiap 5kg kampit beras diserbu

K. Muniandy (dua dari kiri) memeriksa timbangan beras di sebuah kilang di Jitra, Kubang Pasu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Sebuah kilang yang didakwa melakukan penipuan dalam proses menimbang beras diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Jitra di sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu, sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP mendapati timbangan bagi kampit beras lima kilogram (kg) tidak mencukupi.

Penguat kuasa kemudian merampas sebanyak 100 kampit beras yang dianggarkan bernilai RM1,200.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Daerah Kubang Pasu, K. Muniandy memberitahu, serbuan tersebut dilakukan hasil maklumat orang ramai terhadap kilang berkenaan yang menjalankan aktiviti pembungkusan beras dalam pelbagai kuantiti.

Katanya, pemeriksaan mendapati beras yang dibungkus tidak menepati timbangan tepat.

“Hasil siasatan mengesyaki kilang itu menipu dan setiap kampit beras seberat lima kg yang dibungkus tidak mencukupi berat yang ditetapkan timbangannya.

“Setiap kampit beras lima kg yang ditimbang oleh pegawai penguat kuasa KPDNHEP bersama pegawai daripada Metrology mendapati kampit itu seberat 4.96 kg iaitu kurang 40 gram bagi setiap kampit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, ia merupakan satu unsur penipuan dalam kuantiti timbangan dan kes disiasat di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana representasi palsu mengenai kuantiti berat yang tidak tepat bagi setiap kampit beras itu.

“Syarikat terbabit jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN