Ketepikan agenda peribadi, jayakan PPN - Bersatu Melaka - Utusan Malaysia

Ketepikan agenda peribadi, jayakan PPN – Bersatu Melaka

MOHD. RAFIQ NAIZAMOHIDEEN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka menyokong teguh kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus mengemudi kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, rakyat menuntut semua pihak memberi keutamaan kepada isu kesihatan, kebajikan dan pemulihan ekonomi berbanding perebutan kuasa dan agenda peribadi.

Justeru, beliau menyeru semua pimpinan dan parti politik untuk mengetepikan kepentingan politik masing-masing.

“Semua pihak perlu bersatu hati dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha menangani pandemik Covid-19. Oleh itu, kestabilan politik amat signifikan bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang direncanakan oleh pihak kerajaan.

“Bersatu Melaka juga akan terus menghormati, menjunjung dan memelihara sistem Raja Berperlembagaan, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat semalam bertukar panas selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi kenyataan Istana Negara menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan kerajaan membatalkan Ordinan Darurat. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN