Kerajaan komited selesaikan isu doktor kontrak - Utusan Malaysia

Kerajaan komited selesaikan isu doktor kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh maksimum empat tahun ke atas Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak dua tahun pertama.

Jelas Penyelaras Pelan Pemulihan Negara, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kontrak tersebut ditawarkan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran, selepas mereka melengkapkan tempoh khidmat wajib.

“Perdana Menteri pada 23 Julai mengumumkan antara lain bersetuju sebagai langkah penyelesaian segera di mana pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas tempoh khidmat wajib bagi memastikan kesinambungan pengajian dan kepakaran.

“Perdana Menteri juga arahkan Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan merangka pelan komprehensif untuk tindakan segera jangka pendek, sederhana dan panjang. Bagi memulihkan hala tuju dan perkhidmatan perubatan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zafrul yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) turut memberi fokus kepada program vaksinasi supaya dapat mengurangkan kes bergejala dan tekanan terhadap kapasiti hospital kerajaan.

“Setakat 24 Julai Malaysia telah merekodkan kadar vaksinasi tertinggi dengan rekod sebanyak 507,050 dos dan setakat 25 Julai telah memberi vaksinasi lengkap sebanyak 55 peratus penduduk seiring sarawak menunjukkan penurunan ketara dalam kes Covid-19.

“Selain itu, kita juga telah memberi peruntukan RM210 juta kepada hospital swasta di mana kalau kita lihat apa berlaku sekarang di negeri lain, ia dapat menolong kapasiti yang agak tertekan di hospital kerajaan yang masih dalam fasa pertama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya