Kerajaan telah putuskan tidak akan nasihat Agong sambung darurat - Utusan Malaysia

Kerajaan telah putuskan tidak akan nasihat Agong sambung darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memutuskan untuk tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat sebaik sahaja tamat pada 1 Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hasan di mana perkara itu telah diputuskan pada 21 Julai lalu.

Selain itu, kerajaan juga telah membuat keputusan berdasarkan Perkara 150 (3) untuk membatalkan kesemua Ordinan Darurat yang dibuat semasa Proklamasi Darurat.

Perkara itu dimaklumkan di dalam Dewan Rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN