Kali kedua catat lebih 13,000 kes positif, 21 kluster tempat kerja - Utusan Malaysia

Kali kedua catat lebih 13,000 kes positif, 21 kluster tempat kerja

- GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia sekali lagi merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 melebihi 13,000 kes iaitu sebanyak 13,034 kes, kali pertama dicatatkan tujuh hari lalu dengan 13,215 kes.

Kes harian itu bertambah berbanding semalam 11,985 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 8,436 kes.

Sebanyak 32 kluster baharu direkodkan dengan 21 daripadanya adalah kluster tempat kerja dan tujuh kluster komuniti manakala pendidikan swasta dan kumpulan berisiko tinggi, masing-masing dua kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster tempat kerja menyaksikan empat di Selangor, Industri Teratai di Klang, Petaling, Kuala Selangor dan Hulu Langat (255), Industri Jalan Sungai di Hulu Langat (164), Industri Jalan Bangi di Hulu Langat (159), Jalan TTP Satu di Sepang (26) dan empat di Kuala Lumpur, Tapak Bina Jalan Merah Caga di Cheras (105), Tapak Bina Jalan Gading di Lembah Pantai (73), Jalan Wangsa Delima di Titiwangsa (20), Jalan Medan Bunus di Lembah Pantai (14).

“Tiga di Johor, Teknologi Senai 21 di Kulai (32), Jalan NIP Industri di Johor Bahru (21), Tapak Bina Raya di Muar (17); tiga di Pulau Pinang, Persiaran Cassia Selatan Tujuh di

Seberang Perai Selatan, Seberang Perai  Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut dan Barat Daya (26), Jalan Permatang Pauh di Seberang Perai Utara (12), Industri Perai Lapan di Seberang Perai Tengah (12).

“Melaka pula dua kluster, Industri Tunas Baru di Alor Gajah (44), Angkasa Nuri di Alor Gajah dan  Melaka Tengah (27); dua di Pahang, Industri 3/5 Temerloh di Temerloh (23), Kuala Tahan di Jerantut (18); Dah Perusahaan Lima Industri Kulim di Baling, Kulim, Bandar Baharu dan Kuala Muda, Kedah (118); Jalan Demak Laut di Kuching, Bau, Asajaya, Samarahan dan Serian, Sarawak (30); Kuril di Kinabatangan, Sabah (12),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Kluster komuniti pula, tiga di Johor, Jalan Cenderai Sembilan di Johor Bahru (14), Putri Fasa Enam di Kulai dan Johor Bahru (14), Jalan Permas Lapan di Johor Bahru (11).

“Baki kluster yang sama iaitu Kampung Kuala Gel di Bachok dan Kota Bharu, Kelantan (14); Kebun Lama di Papar dan Kota Kinabalu, Sabah (27); Abu Bengang di Saratok, Sarawak (131) dan Padang Pulut di Dungun, Terengganu (48).

“Dua kluster pendidikan swasta, Jalan GC Satu di Sepang, Selangor (20), Jalan Dwitasik Satu di Cheras, Kuala Lumpur (9) manakala dua kluster kumpulan berisiko tinggi, Dah Kempas di Kuala Muda, Kedah (57) dan Taman Kok Doh di Kepong, Kuala Lumpur (9),” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 134 kematian dicatatkan dengan 938 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 459 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 142,051 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,049 kes diikuti Kuala Lumpur (1,611), Johor (791), Negeri Sembilan (711), Kedah (701), Sarawak (644), Sabah (497), Terengganu (391), Pulau Pinang (371), Melaka (353), Perak (284), Pahang (261) dan Kelantan (240).

“Putrajaya pula, Putrajaya (100) dan Labuan (24) manakala Perlis, hanya enam kes,” katanya.

Mengulas mengenai 134 kematian, Noor Hisham berkata,  Selangor kekal penyumbang terbanyak iaitu 39 kes, 32 kes di Kuala Lumpur, 18 kes di Negeri Sembilan, 15 kes di Johor, masing-masing tujuh kes di Perak dan Melaka, lima kes di Pahang, empat kes di Kedah, masing-masing dua kes di Pulau Pinang, Terengganu dan  Labuan, serta satu kes di Sabah.

“Kematian melibatkan 81 lelaki dan 53 wanita dengan 15 warga asing; 22 pesakit meninggal dunia di rumah dan 104 orang didapati mempunyai latar belakang penyakit,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN