Kadar bunuh diri di Singapura cecah paras tertinggi - Utusan Malaysia

Kadar bunuh diri di Singapura cecah paras tertinggi

PANDEMIK Covid-19 banyak menjejaskan ekonomi negara, gaya hidup dan kesihatan mental. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kes bunuh diri di negara ini pada tahun lalu mencecah parasnya yang tertinggi dalam tempoh lapan tahun dan berlaku semasa pandemik Covid-19.

Berita Mediacorp melaporkan, berdasarkan data yang dikeluarkan Samaritans of Singapore (SOS) baru-baru ini, lebih 450 orang membunuh diri pada 2020, iaitu kadar tertinggi sejak 2012.

Secara umumnya, kematian akibat bunuh diri lazimnya membabitkan golongan berusia, paling ramai dalam kategori berusia 60 tahun ke atas iaitu 154 orang, juga jumlah tertinggi sejak 1991, dengan peningkatan 26 peratus berbanding 2019.

Ketua eksekutif SOS, Gasper Tan berkata, pandemik Covid-19 banyak menjejaskan ekonomi negara, gaya hidup dan kesihatan mental.

“Kami sangat bimbang mengenai bagaimana warga tua akan menghadapi krisis kesihatan awam ini. Sejak pandemik, golongan berusia cenderung menghadapi penyisihan sosial dan kebimbangan kewangan.

“Kesukaran untuk terus menyesuaikan diri dengan perubahan dan perasaan sunyi yang berlarutan mungkin memburuk keadaan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif (Klinikal) Kelab Heal, Cik Yang Chek mengingatkan mengenai larangan membunuh diri dalam Islam.

“Itu yang kata orang mengawal daripada mereka mengikut perasaan kerana kalau kita sudah umur lanjut begini dan terfikir ‘Aku nak bunuh diri’ dan kemudian terfikir apa pula akan terjadi pada Jannah? Di mana tempat kita? Itu yang membuat seseorang mengawal diri mereka dan tidak mengikut perasaan,” katanya.

Namun demikian beliau menekankan bahawa ia tidak semestinya bermakna bunuh diri bukan suatu masalah dalam masyarakat Melayu.

Cik Yang berkata: “Kalau yang berisiko selalunya kalau lelaki yang ingin membunuh diri, mereka akan melakukannya. Wanita, selalunya mencuba, mungkin kelar tangan, ambil ubat berlebihan. Risikonya yang mencuba ini satu hari nanti kita bimbang secara tidak sengaja mereka akan kelar diri terlalu mendalam dan menjejas keselamatan”.

Lantaran itu, masyarakat memainkan peranan penting untuk terus prihatin dengan orang sekeliling baik muda ataupun tua, kata Cik Yang, demi mengelakkan daripada berlakunya kejadian kes bunuh diri dalam kalangan masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya