Jiwa tenang Yazmin Aziz - Utusan Malaysia

Jiwa tenang Yazmin Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERJALANAN seni penyanyi ini masih jauh. Namanya mungkin kedengaran asing, namun bagi yang mengikutinya di Instagram (IG) semestinya maklum akan bakat serta kebolehan dimiliki gadis berdarah kacukan Melayu Filipina ini.

Nama Yazmin Aziz, 19, mula disebut-sebut selepas tampil dalam program televisyen Lagu Cinta Kita 2 yang ditayangkan di TV3 tidak lama dahulu.

Kemunculan itu menjadi titik tolak pertama kepada penyanyi ini untuk lebih dikenali dalam dunia hiburan tempatan.

Tanpa menoleh belakang, Yazmin terus melangkah, memanfaatkan sepenuhnya ‘pentas’ media sosial untuk memburu impian.

Rezeki tidak salah alamat. Ternyata content nyanyiannya di Instagram mengundang pemuzik popular Amerika Syarikat, Jay Blaze untuk berkolaborasi dengan penyanyi ini.

“Lagu pertama, Paradise, hasil kolaborasi bersama Bobby telah pun diperdengarkan di Instagram saya. Kami juga merancang untuk menghasilkan lagu kedua, melibatkan pemuzik Perancis, Khemis.
“Di samping itu, saya dalam proses menulis lirik untuk lagu yang akan dihasilkan pemuzik Filipina, Jay Blaze” ujarnya.

Dalam pada itu, tuah seakan memihak kepada Yazmin, apabila dia dilamar komposer terkenal, Sharon Paul untuk penghasilan single baharu berbahasa Melayu yang dijangka bakal dirakamkan sekitar Julai depan.

“Semuanya bermula selepas saya memuat naik runut bunyi yang saya hasilkan sendiri di IG tidak lama dahulu.

“Saya terkejut dan tidak menyangka apabila Sharon yang secara kebetulan menonton perkongsian itu terus menghubungi saya, menyuarakan keinginan untuk berkolaborasi,” jelasnya.

TERKILAN DENGAN TUDUHAN WARGANET

Nama anak kelahiran Kuala Lumpur ini tiba-tiba ‘panas’ selepas dia tampil dalam satu laporan di laman sesawang Utusan Malaysia. Menerusi laporan itu, Yazmin berkongsi pengalaman dibuli rakan sekolah hanya kerana tidak fasih berbahasa Melayu satu ketika dahulu.

Susulan pendedahan itu, penyanyi lagu Lihatlah ini dihujani kecaman warganet yang tanpa usul periksa, menuduhnya tidak fasih bercakap Melayu.

Ada yang menyerang dengan kata-kata kesat, dan tidak kurang juga yang menggelarnya ‘warga asing’ hanya kerana memiliki darah campuran Filipina.

Boleh dikatakan, kejadian buli yang dihadapi Yazmin ketika zaman sekolah dahulu berulang, cuma kini bezanya berlaku di ruang maya.

Namun dia kekal tabah, membalas kecaman secara lebih bertamadun meskipun terpaksa menjawab satu persatu kutukan dan kata-kata nista yang diterimanya di media sosial.

“Tentunya, saya sedih, panik dan sedikit tertekan dengan komen-komen negatif yang ditulis mereka. Tetapi saya cuba bertenang, baca beberapa komen dan jawab dengan harapan presepsi mereka dapat diubah.

“Saya cuba selami sisi pandangan mereka. Mungkin mereka tidak membaca artikel tersebut atau meragui tajuk yang ditulis.

“Netizen akan kekal menjadi netizen. Ia bergantung kepada diri saya sendiri untuk fahami mereka.

“Tetapi saya berharap, netizen akan lebih berhati-hati dalam melontarkan pendapat kerana perkataan yang mereka tulis itu adakalanya cukup menyakitkan,” katanya tenang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya