PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menuntut penjelasan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berhubung penyebaran gambarnya di laman Twitter hari ini.
Malah Saifuddin bersedia memberi penjelasan ekoran penyebaran gambar berkenaan yang mendakwa kononnya beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Lebih baik jelaskan sama ada itu gambar lama atau gambar baharu,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh memuat naik gambarnya bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul. – UTUSAN ONLINE