Tiada isu pengunduran jawatan Presiden Pas - Ahmad Samsuri 

Tiada isu pengunduran jawatan Presiden Pas – Ahmad Samsuri 

AHMAD Samsuri Mokhtar (dua dari kiri) melihat naskhah al-Quran tulisan tangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurly Shahirah Azman, yang maut dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, 9 Jun lalu, di rumah arwah di Kampung Gong Pasir, Kerandang, Jertih, Besut, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: “Tidak timbul isu pengunduran Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas.”

Demikian tegas Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berhubung spekulasi Abdul Hadi berundur daripada jawatan Presiden atas faktor kesihatan.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, kepemimpinan dan buah fikiran Abdul Hadi sangat diperlukan oleh Pas dan kehadirannya memberi semangat kepada ahli serta pemimpin parti itu.

“Saya rasa tidak timbul langsung soal pengunduran Tok Guru (Abdul Hadi). Malah semua di peringkat akar umbi hingga kepemimpinan tertinggi mendoakan kesihatan beliau agar kembali pulih. 

“Tok Guru masih dan amat diperlukan. Saya telah sebut dalam ucapan saya, prestasi yang terbaik dari Pas hingga muncul sebagai dua parti  paling besar  dalam negara kita dan memenangi kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen hampir 200 orang,” katanya selepas menziarahi keluarga mangsa kemalangan bas di Kampung Telaga Nibong, di sini hari ini. 

Ahmad Samsuri berkata, pengunduran Abdul Hadi tidak wajar bditimbulkan dalam keadaan Pas berada pada prestasi terbaik.

“Jadi tentulah kita harapkan supaya momentum  sedi ada yang dibawa oleh Tuan Guru ini dapat diteruskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN