'Gangguan orang sakit mental menyebabkan saya tak dapat habiskan perbahasan' - Shahidan - Utusan Malaysia

‘Gangguan orang sakit mental menyebabkan saya tak dapat habiskan perbahasan’ – Shahidan

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sesi petang Sidang Khas Parlimen hari ini kembali hangat dengan perang mulut antara ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang ketika Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) mula berbahas.

Ketika Ahli Parlimen Arau itu sedang berbahas, terdapat beberapa ahli Parlimen pembangkang bangkit terhadap sindiran dibuat Shahidan terhadap kegagalan terdahulu, Pakatan Harapan (PH) ketika awal virus Covid-19 di negara ini.

“Gangguan orang sakit mental ini menyebabkan saya tidak dapat menghabiskan perbahasan ini. Orang ini kena periksa di hospital terlebih dahulu,” katanya.

Kata-kata itu menyebabkan beberapa ahli Parlimen pembangkang bangkit dan meminta Shahidan sendiri pergi mendapatkan rawatan mental di hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN