Gadis 14 tahun dirogol lima lelaki kenalan FB, ditinggal di tepi jalan

Gadis 14 tahun dirogol lima lelaki kenalan FB, ditinggal di tepi jalan

SEORANG suspek rogol gadis bawah umur secara bergilir-gilir (kanan) dibawa ke balai polis Pasuruan,Jawa Timur. - Tribunenews
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Gara-gara percayakan teman lelaki yang baru dikenali di Facebook seorang gadis bawah umur akhirnya menjadi mangsa rogol beramai-ramai sebelum mangsa ditinggal di tepi jalan dalam keadaan tidak bermaya.

Kejadian rogol itu berlaku  di Pasuruan, Jawa Timur membabitkan gadis berusia 14 tahun yang dirogol oleh lima lelaki.

Setakat ini seorang suspek telah ditahan polis sementara empat lagi masih diburu.

Memetik laporan Tribunenew, kejadian itu bermula daripada kenalan di Facebook.

Mangsa telah berkenalan dengan suspek yang telah ditahan dan menjadi rapat selepas 15 hari dan bersetuju untuk bertemu.

Suspek telah menjemput mangsa dekat rumahnya menggunakan motosikal.

Selepas membonceng motosikal di kawasan sekitarnya, suspek membawa mangsa ke sebuah ladang tebu berdekatan rumah suspek di Desa Minggir, Pasuruan di mana empat lagi lelaki sudah sedia menunggu.

Kemudiannya, kelima-lima suspek memaksa mangsa meminum minuman keras dan apabila sudah mabuk gadis itu telah diperkosa bergilir-gilir.

Polis memberitahu, mangsa kemudiannya di bawa ke Ranggeh, Kecamatan Gondangwetan sebelum ditinggal di tepi jalan.

“Akhirnya mangsa dibantu oleh orang ramai dan dihantar pulang ke rumahnya,” kata polis.

Hasil daripada laporan, polis telah menahan suspek pertama dan memburu empat yang lain,.

Sementara itu suspek mengakui bertindak demikian kerana terpengaruh dengan video lucah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN