ECERDC fokus perkembangan usahawan dan pendidikan - Utusan Malaysia

ECERDC fokus perkembangan usahawan dan pendidikan

Menteri Besar Johor mendengar testimoni daripada Umi Farah Nabila Binti Mohzan dari Kampung Sawah Dato’, Mersing yang telah mengikuti Program Rintis Aplikasi Web ACES I4.0.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 PETALING JAYA: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Agrobank dan Maybank telah membangunkan seramai 92 usahawan di Mersing, Johor sejak 2018 hingga kini.

Seramai 31 usahawan lagi kini sedang menjalani pembangunan kualiti produk bersama SIRIM sebagai persediaan untuk menembusi pasaran yang lebih luas.

Menurut ECERDC, program-program tersebut bukan sahaja telah mengupayakan para usahawan yang terlibat untuk bertahan, malah mengembangkan perniagaan mereka sewaktu pandemik dengan memanfaatkan pengetahuan yang diperoleh mengenai e-dagang dan pemasaran dalam talian daripada program-program berkenaan serta bantuan kewangan yang disediakan.

Ujarnya, antara usahawan yang mengikuti program itu ialah pemilik Ms Tan Agro Farm Sdn. Bhd., Rekha Alagapan dan pemilik Sate Nitar Enterprise, Maslina Selasa yang merupakan peserta program entrepreneur ECER-Agrobank.

“Rekha telah memperluaskan ladangnya daripada 7 ekar menjadi 70 ekar, seterusnya berjaya meningkatkan jualan sayur organik beliau dari RM10,000 kepada RM200,000 sebulan.

“Maslina pula mendapati jualannya meningkat lebih 100 peratus dari RM32,000 kepada RM80,000 sebulan setelah beliau mula memasarkan produknya di platform dalam talian untuk penghantaran ke rumah,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che Mat berkata, rakyat akan terus menjadi nadi utama transformasi sosioekonomi di Mersing.

Jelasnya, ini kerana kerajaan persekutuan melalui ECERDC komited untuk meneruskan program- program seperti Empower ECER dan Entrepreneur ECER untuk memastikan golongan B40 di Mersing diberikan kemahiran, pengetahuan dan peluang untuk mengekalkan perniagaan.

“Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan prestasi akademik dan memperoleh kemahiran yang boleh dipasarkan yang akan membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

“Menyedari cabaran unik yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah sewaktu pandemik, kami bersama-sama rakan strategik melalui Empower ECER telah mengambil pendekatan holistik untuk membantu mereka mencapai keputusan akademik yang lebih baik,” katanya.

Para pelajar di daerah Mersing yang mengambil bahagian dalam program Empower ECER telah menunjukkan peningkatan yang ketara dengan 90 peratus daripada 200 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus dalam semua mata pelajaran, berbanding hanya 36 peratus sebelum mereka mengikuti program ini.

Selain daripada program latihan akademik, ECERDC turut memudah cara urusan penempatan pelajar-pelajar Empower ECER di institusi-institusi pengajian tinggi atau pembangunan kemahiran.

Sementara itu, untuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan semasa pandemik, ECERDC telah meneruskan usaha di bawah program Latihan Semula dan Peningkatan Kemahiran PENJANA-ECERDC yang akan membolehkan para peserta mendapatkan pekerjaan dalam sektor automotif serta minyak dan gas setelah tamat mengikuti program tersebut.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad telah menyaksikan sendiri Program Rintis Aplikasi Web ACES I4.0 apabila beliau menyertai 70 pelajar dan dua jurulatih yang menjalani pembelajaran dalam talian di bawah program tersebut selepas mesyuarat ICC Johor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.