Durian Musang King: Jangan layan tekanan, provokasi - Utusan Malaysia

Durian Musang King: Jangan layan tekanan, provokasi

ANTARA individu dipercayai pekebun haram durian Musang King yang bertindak mencetuskan provokasi dalam operasi penguatkuasaan di HSK Batu Talam, Raub, Pahang pada 5 Julai 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Raub menyokong penuh ketegasan kerajaan negeri melaksanakan operasi memusnahkan kebun haram durian Musang King dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub,.dekat sini bermula kelmarin.

Ketua Ummah Raub, Mohd. Shahrizan Md. Esa berkata, dengan ketegasan itu, diharapkan isu pencerobohohan tanah haram di negeri ini dapat diselesaikan dengan kadar segera khususnya bagi daerah Raub.

“Ummah Raub juga mengharapkan kerajaan negeri terus konsisten di atas ketegasan ini dan tidak berganjak ke belakang walau setapak atas segala tekanan dan provokasi melampau pihak berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, tular beberapa rakaman video dan gambar yang memaparkan provokasi melampau oleh beberapa individu dipercayai pengusaha kebun haram terhadap pasukan penguatkuasaan HSK di Batu Talam dengan keluasan yang dianggarkan sekitar 101 hektar.

Penguatkuasaan tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bersama-sama dengan agensi kerajaan termasuk kerjasama anggota polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Operasi bertumpu kepada tindakan memusnahkan tanaman durian secara haram dan menyita sebarang barangan termasuk kenderaan serta membuat tangkapan terhadap mana-mana individu yang telah menceroboh tanah HSK tersebut.

JPNP dalam kenyataannya semalam memaklumkan menahan 18 orang disyaki pekebun haram durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di situ.

Jabatan itu berkata, sepanjang operasi itu dijalankan, mereka berdepan dengan keadaan provokasi pekebun haram termasuk membuat halangan kepada kenderaan untuk keluar dan masuk ke kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, anggota jabatan tersebut juga dihalang daripada menjalankan tugas. – UTUSAN

 

K

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.