e-TAIB bantu jawab persoalan ibadah haji

e-TAIB bantu jawab persoalan ibadah haji

Jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah menunaikan ibadah umrah di Masjiil Haram, semalam.-TABUNG HAJI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Jemaah yang mempunyai sebarang kemusykilan berkenaan ibadah haji boleh melayari platform e-TAIB Live Chat menerusi aplikasi WhatsApp bagi membimbing mereka sepanjang musim haji 1447H di Tanah Suci.

Platform berkenaan yang disokong teknologi kecerdasan buatan (AI) berfungsi menjawab pelbagai persoalan berkaitan ibadah berdasarkan garis panduan hukum-hakam serta resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan yang telah ditetapkan oleh Tabung Haji (TH).

Sekiranya AI tidak dapat memberikan jawapan yang tepat, soalan tersebut akan diambil alih oleh para Asatizah di Unit e-TAIB untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, para Petugas Haji boleh menggunakan khidmat e-TAIB yang disediakan.

Inisiatif berkenaan turut dilihat sebagai langkah proaktif TH dalam memanfaatkan teknologi digital bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada jemaah haji Malaysia.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN