Cubaan seludup 630 kilogram daun ketum gagal - Utusan Malaysia

Cubaan seludup 630 kilogram daun ketum gagal

SHAMSUDIN Mamat (tengah) menunjukkan sebahagian ikatan lut sinar dipercayai berisi daun-daun ketum yang dirampas di SJR Kampung Jerai, Kupang, Baling, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Cubaan seorang lelaki menyeludup daun ketum seberat 630 kilogram (kg) gagal apabila dia ditahan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Jerai, Kupang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, ketika kejadian suspek yang berusia 42 tahun membawa sebuah lori jenis Daihatsu dari arah Kupang menghala ke Gerik, Perak pada pukul 9.45.malam.

Menurutnya, suspek diarahkan berhenti di SJR tersebut untuk pemeriksaan dan anggota petugas di sekatan itu menemukan longgokan buah nanas.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut menemukan bungkusan plastik hitam berisi balutan-balutan plastik lut sinar berikat getah mengandungi daun-daun hijau dipercayai daun ketum.

“Lori tersebut ditahan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) dan pemeriksaan lanjut di bahagian belakang lori mendapati sebanyak 63 ikat dipercayai daun ketum seberat 630 kg cuba diseludup oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif dadah dan tiada mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

Tambahnya, suspek direman untuk siasatan selama empat hari mulai hari ini.

‘Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Jelasnya, siasatan juga dilakukan di bawah Perkara 4(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya