Buat seks luar tabii hingga kambing betina mati, warga emas direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Buat seks luar tabii hingga kambing betina mati, warga emas direman tujuh hari

WARGA emas yang direman bagi membantu siasatan selepas dipercayai melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga menyebabkan haiwan itu mati di Serendah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai melakukan seks luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga menyebabkan haiwan itu mati di Serendah  kelmarin.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 60 tahun itu dibenarkan oleh Penolong Pendaftar, Mohamad Azrul Muhd Sabri di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Dalam permohonan itu, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 4 Ogos nanti untuk siasatan kes mengikut Seksyen 377 dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan.

Suspek tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.20 pagi dengan menaiki trak serta diringi dua anggota polis dari Balai Polis Sentosa.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan seorang warga emas ditahan dipercayai melakukan seks di luar tabii terhadap seekor kambing betina sehingga mati dalam kejadian di Serendah.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.30 petang apabila pemilik kambing berusia 45 tahun terdengar bunyi mengembek dari kandangnya yang terletak di belakang rumah sebelum mendapati terdapat seorang lelaki warga tempatan yang dikenali dalam keadaan separuh bogel bangun dari sebelah kambing.

Susulan itu, wanita itu membuat laporan polis kira-kira pukul 6 petang pada hari kejadian sebelum suspek ditahan pada pukul 10.50 pagi, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya