'Baru dua bulan dibersihkan, sampah kembali bertimbun' - Utusan Malaysia

‘Baru dua bulan dibersihkan, sampah kembali bertimbun’

SAMPAH dibuang merata-rata dekat bahu jalan di Pulau Carey, Kuala Langat, sedangkan sebelum ini kawasan sebelahnya baharu dibersihkan. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu menyebabkan Jalan Segenting berhampiran kawasan industri Pulau Carey di sini kini kembali dicemari pelbagai jenis sampah termasuk pukal.

Sedangkan, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) sudah pun membersihkan lokasi pembuangan sampah haram pada dua bulan lalu.

Seorang pengguna jalan raya mahu dikenali Jemi berkata, tindakan tersebut secara tidak langsung mencacat pemandangan selain boleh mengganggu keselesaan penduduk sekitar.

Katanya, papan tanda amaran dan tali pita MPKL sememangnya telah diletakan di kawasan tersebut namun dipandang mudah individu bersikap pengotor.

“Baru dua bulan lokasi ini dibersihkan, masih ada lagi individu tidak bertanggungjawab membuangnya seolah-olah tiada kesedaran sivik.

“Kita harap MPKL membuat rondaan berkala menangkap pelakunya,” katanya semalam.

Bagi seorang lagi penduduk mahu dikenali Johari, pembuangan sampah tersebut menyebabkan lokasi itu sering dikunjungi anjing liar dan gagak.

“Apa dirisaukan adalah sekiranya terdapat takungan air yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes dan haiwan pembawa penyakit lain,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN