Banyak lalat hijau petanda mayat busuk dalam rumah - Utusan Malaysia

Banyak lalat hijau petanda mayat busuk dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMARANG:  Seorang lelaki  yang hidup sebatang kara ditemukan maut di ruang tamu rumahnya.

Mayat mangsa, Muelyanto, 65, penduduk Jangli Tlawah, Kelurahan Jatingaleh, Kecamatan Candisari, Kota Semarang, Jawa Tengah ditemukan ekoran rasa curiga jirannya yang bekerja berhampiran rumahnya.

Jiran  terbabit melihat banyak lalat hijau di depan pintu rumah mangsa.

Kerana rasa curiga, mereka kemudian melapor penduduk kampung yang lain.

Ketika pintu rumah itu dibuka ternyata mangsa sudah tidak bernyawa dalam keadaan terlentang di ruang tamu.

Bahagian tubuh mangsa sudah kelihatan mula membusuk terutama di bahagian muka.

“Kami curiga kerana ada banyak lalat beterbangan di depan rumah mangsa,” ujar saksi Bambang Senggoto,55.

Katanya, kecurigaan itu bertambah apabila mangsa sudah dua hari tidak keluar rumah.

Menurut Bambang, mangsa biasanya setiap pagi  rajin membersihkan kawasan rumah namun dua hari terakhir hal itu tak dilakukannya.

“Kerana curiga saya maklumkan kepada penduduk lain  lalu kami sama-sama membuka pintu rumah mangsa,” terangnya.

Selepas pintu dibuka bau busuk menusuk hidung kerana mangsa sudah meninggal dunia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya