Annuar Musa dikompaun RM2,000 - Utusan Malaysia

Annuar Musa dikompaun RM2,000

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Sabtu lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohammad Zainal Abdullah.

Beliau berkata, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu diambil tindakan mengikut Peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.

“Kompaun dikenakan sebanyak RM2,000,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan memaklumkan telah menerima kompaun dikeluarkan oleh pihak polis.

Sabtu lalu, tular perkongsian Annuar menziarahi kediaman Abdullah, Bait Badawi di sini.

Bagaimanapun selang beberapa lama selepas ciapan di Twitter, Annuar memadam perkongsian itu akaun media sosialnya diserang tanpa henti oleh netizen yang mendakwa tindakannya melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan (PKPD) ketika ini.

Dalam ciapan itu, Annuar dan isterinya mengambil peluang menziarahi Abdullah dan Tun Jeanne Abdullah.

“Hari ini kami suami isteri ambil peluang ziarah Tun Abdullah Badawi dan Tun Jeane Abdullah di kediaman mereka di Bait Badawi di Kuala Lumpur.

“Lebih dua jam bersama dan makan tengah hari masakan Tun Jeane. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Pak Lah seisi keluarga,” ciapnya.

Bagaimanapun netizen mula mempesoalkan tindakan Annuar bersama isterinya melakukan ziarah ketika negara sedang berhadapan dengan ‘total lockdown’ .- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya