Anggaran rasmi KDNK 2021 diumum Ogos - Utusan Malaysia

Anggaran rasmi KDNK 2021 diumum Ogos

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anggaran rasmi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2021 diumumkan bulan depan beserta laporan suku kedua.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, selain itu kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) terhadap ekonomi dalam separuh pertama tahun ini dapat dilihat sepenuhnya.

Katanya, KDNK pada tahun 2021 dijangka mencatatkan pertumbuhan lebih rendah berbanding anggaran awal sebelum ini, iaitu antara 6 hingga 7.5 peratus.

“Negara mengalami kerugian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM 1.1 bilion sehari dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalam Pergerakan (PKP) 3.0.

“Jumlah tersebut berbeza berbanding kerugiaan ketika PKP 1.0 Mac lalu iaitu RM2.4 bilion,” katanya ketika memberi penerangan mengenai Pakej-Pakej Bantuan Ekonomi dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya