AIM lanjutkan moratorium  - Utusan Malaysia

AIM lanjutkan moratorium 

LAJIM UKIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) melanjutkan moratorium bayaran pinjaman berkuat kuasa hari ini sehingga 31 Julai ini.

Pengerusi Eksekutif (AIM), Datuk Seri Lajim Ukin berkata, langkah tersebut memberi manfaat kepada 378,507 peminjam agensi berkenaan.

Katanya, langkah itu juga dibuat selepas lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumumkan kerajaan.

“AIM sehingga hari ini memberi penangguhan bayaran balik pinjaman selama lapan  minggu bermula tarikh PKP 3.0 berkuat kuasa secara penuh pada 1 Jun lalu. 

“Selain pinjaman, semua mesyuarat pusat, perjumpaan pusat khas (PPK) dan kutipan bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar, Simpanan Tabung Kumpulan, Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) serta  Tabung Khairat Hutang juga ditangguh sehingga 31 Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Lajim berkata, pihaknya  turut  menangguhkan pembentangan permohonan bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar, pengeluaran tabung kumpulan, tuntutan tabung khairat hutang, penjadualan semula pembiayaan dan pembentangan untuk tangguh bayar balik pinjaman. 

“Namun, kutipan balik bayaran SPI melalui kaedah bukan tunai (e-pay) adalah dibenarkan.

AIM sebelum ini telah memberi penangguhan bayaran balik selama 16 minggu secara automatik kepada semua sahabat AIM  ketika PKP 1.0 dilaksanakan.

“Ia diikuti dengan penangguhan bersasar sehingga Oktober 2020  membabitkan seramai 12,568 peminjam dan untuk mereka yang layak dan benar-benar terkesan penangguhan masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya